Saturday, April 12, 2008

Maulidur Rasul Peringkat Mukim Kundasang

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Mukim Kundasang telah diadakan pada 12 April 2008 (Sabtu) bertempat di Perkarangan Kedai SEDCO Pekan Kundasang. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.

Sebanyak 15 kontijen dari pelbagai kampung dan jabatan dengan jumlah 2,500 orang telah mengikuti perarakan ini. Perarakan bermula di SMK Kundasang dan berakhir di Perkarangan Kedai SEDCO Pekan Kundasang.

Tokoh-tokoh Maulidur Rasul Peringkat Mukim Kundasang bagi tahun ini adalah seperti berikut:

  • En. Saupin Kaikan (Lelaki)
  • Pn. Laineh Baranting (Wanita)
  • En. Sahehuddin Jaihin (Belia)

Pertandingan Sepanduk:

  1. Kg. Muhibbah, Lembah Permai
  2. Kg. Desa Aman
  3. Kg. Mohimboyon

Penyertaan teramai:

  • Kategori kampung : Kg. Dumpiring Atas
  • Kategori Jabatan : SK. Kundasang

Di akhir majlis, para hadirin menyatakan bantahan terbuka terhadap filem fitnah yang dihasilkan oleh ahli parlimen Belanda dan selepas itu melaungkan Allahhu Akbar sebanyak 3 kali.

blogger templates | Make Money Online