Wednesday, April 15, 2009

Slide Maulidurasul 1430H/2009M







Friday, April 3, 2009

4 April 2009 : Mesyuarat Kestiga Maulidurasul 2009









Mesyuarat ketiga/terakhir ini telah diadakan di Mini Dewan Kundasang membincangkan persiapan akhir dan pembahagian bajet setiap biro.

Turut hadir ialah wakil PLIK dan pihak polis.

6 Mac 2009 : Mesyuarat pertama Maulidurasul 2009

1. Mesyuarat telah diadakan di masjid Kundasang kerana Dewan Mini Kundasang digunakan untuk pameran perabot dan barangan elektrik.


2. Pengerusi Sambutan Maulidurasul 2009 ialah En. Suatin Mayor. Beliau merupakan pengerusi sejak beberapa tahun.

3. Cadangan tarikh Sambutan Maulidurasul 1430H Peringkat Mukim Kundasang ialah pada 4 April 2009.






Saturday, May 24, 2008

Tazkirah Jumaat Masjid Kundasang

Akan diusahakan untuk dipaparkan dalam blog khas tak lama lagi

Saturday, April 12, 2008

Maulidur Rasul Peringkat Mukim Kundasang

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Mukim Kundasang telah diadakan pada 12 April 2008 (Sabtu) bertempat di Perkarangan Kedai SEDCO Pekan Kundasang. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.

Sebanyak 15 kontijen dari pelbagai kampung dan jabatan dengan jumlah 2,500 orang telah mengikuti perarakan ini. Perarakan bermula di SMK Kundasang dan berakhir di Perkarangan Kedai SEDCO Pekan Kundasang.

Tokoh-tokoh Maulidur Rasul Peringkat Mukim Kundasang bagi tahun ini adalah seperti berikut:

  • En. Saupin Kaikan (Lelaki)
  • Pn. Laineh Baranting (Wanita)
  • En. Sahehuddin Jaihin (Belia)

Pertandingan Sepanduk:

  1. Kg. Muhibbah, Lembah Permai
  2. Kg. Desa Aman
  3. Kg. Mohimboyon

Penyertaan teramai:

  • Kategori kampung : Kg. Dumpiring Atas
  • Kategori Jabatan : SK. Kundasang

Di akhir majlis, para hadirin menyatakan bantahan terbuka terhadap filem fitnah yang dihasilkan oleh ahli parlimen Belanda dan selepas itu melaungkan Allahhu Akbar sebanyak 3 kali.

blogger templates | Make Money Online